Pudding karamel

Assalamualaikum wbt dan salam PKP Fasa ke-3, hehehe, hari ni baru rajin sikit mahu update blog. Berapa hari ni sibuk kasi siap assignment 😽.
      So hari ni sis mahu share resepi pudding karamel yang sedap tak terkata haha 😂

Bahan yang diperlukan mudah sahaja untuk didapatkan. Dari bahan ni dapat hasilkan 2 pudding dengan loyang saiz sederhana .

Bahan:
◼ 1 tin susu cair
◼ 6 sdb susu pekat (Boleh kurangkan)
◼ 6 biji telur gred B
◼ 1 sdb tepung kastard/tepung jagung (optional)
◼ 1/2 cawan gula kastor*
◼ 4 sdb air panas*

Cara memasak:

▶Sos karamel (bahan bertanda *)

Masak gula didalam kuali sehingga larut keperangan, gunakan api sederhana untuk mengelakkan karamel pahit, setelah cair tambahkan air panas kedalam kuali, gaul sehingga sebati, gula akan jadi berketul, kacau sehingga cair dan sebati. Sos karamel boleh la dituang kedalam acuan loyang dan, sejukkan pada suhu bilik

▶Pudding susu
1. Susu cair dicampurkan bersama susu pekat, dan panaskan sehingga suam.
2. Pada masa yang sama whisk kan telur, whisk perlahan tidak perlu kembang, guna garfu juga boleh.
3. Satukan telur kedalam susu suam secara perlahan-lahan, gaul hingga sebati.
4. Kemudian tambahkan tepung kastard dan whisk kan sekali lagi hingga tepung larut.
5. Tapis adunan 2 kali, untuk mendapatkan tekstur yang smooth.
6. Tuang kan campuran susu dan telur ke dalam loyang yang berkaramel dan kukus selama 25-30 minit atau sehingga masak.
7. Pudding karamel disejukkan terlebih dahulu dan siap untuk dimakan 🙆.




Comments

Post a Comment